LATEST NEWS

Menukar IP Address Windows XP / 2003 secara cepat.

img
Jul
12

Benda ni bermula apabila aku dah malas nak klik2 network connection, dan taip ip
satu2… mcm buang masa ja…
Balik umah nak kena set ip, pegi opis pun nak
kene set ip. Pegi client site pun nak kena tuka lagi…
So bila aku duk godek2, dapat la satu cara untuk menukar ip address pc kita dengan cepat.
Basically menukar ip address ni adalah mengunakan command NETSH
Kalau nak set ip statik 192.168.1.105 dan subnet mask 255.255.255.0 command dia mcm ni:

netsh int ip set address name="Local Area Connection" source=static addr=192.168.1.105 mask=255.255.255.0

Dia relate benda ni melalui nama connection , so korang kena make sure dulu apa connection yg korang nak set.
(ipconfig /all akan menunjukkan maklumat tersebut).

Untuk menukar default gateway address kepada 192.168.1.1, taip command mcm bawah ni:

netsh int ip set address name="Local Area Connection" source=static gateway=192.168.1.1 gwmetric=1

Untuk menukar DNS Server punya ip address kepada 192.168.1.100, taip command dibawah ini:

netsh int ip set dns name="Local Area Connection" source=static addr=192.168.1.1

Kalau korang nak tukar balik untuk

retrieve ip drpd DHCP, command dia seperti dibawah

netsh int ip set address name="Local Area Connection" source=dhcp
netsh int ip set dns name="Local Area Connection" source=dhcp

So untuk run dia

secara automatik, korang create la vbs script / batch script untuk tukar ip…
so bila kita double klik, dia akan ikut ip yg kita set dlm script… heheh
Tp mmg bila kita dah automate penukaran ip address ni, mmg banyak masa yg
xterbuang…

Kalau korang nak tau detail lagi untuk guna command
NETSH, taip netsh int ip set address  dan Enter.

Download contoh batch script [ changeip.rar ]

16/04/2018 – Just to update, aku dah pakai NetSetMan. Freeware untuk change network profile. cekidaut – http://www.netsetman.com