LATEST NEWS

Yang Satu Itu Cinta Ku

img
Oct
22
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tunggu!
Kau terus berlalu pergi tanpa sempat aku menahan. Kenapa? Kenapa kau harus
berubah sekelip mata? Akalku tertanya-tanya tentang perubahan kau. Kisah cinta
kita tidak seperti dulu lagi. Yang dulunya aku terasa bahagia saat kau
disampingku. Tapi kini…. Aku pulang dalam kehampaan. Hampa kerana kasih ini
tidak berharga lagi padamu.

Aku menyusuri jalan-jalan di taman Inokashira yang pernah kita lalui dulu.
Sewaktu dulu taman ini menjadi tempat kita memadu kasih, namun kini aku
sendirian bersama sendu yang tak bertepi di sini.

Di bawah pohon Sakura yang rendang ini aku duduk berteduh. Aku cuba buang
jauh-jauh prasangka burukku terhadapmu. Namun bila mata ini menjadi saksi atas
kecuranganmu, aku benar-benar seperti orang yang kehilangan anak. Dari jauh aku
melihat tingkahmu terhadap perempuan seksi itu. Berkali-kali aku menampar pipi
ini. Perit! Betul, bukan mimpi. Drama apa pula yang kau watakkan kali ini?
Mesranya kau meraih perempuan itu kedalam dakapan hangat kau. Tahukah kau, aku
rindukan dakapan itu.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •