LATEST NEWS

Kasihmu Amanahku

img
Feb
07

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya…



susah untuk kunyatakan bagaimana jikaku sayang kepada seseorang…tak mampu aku nyatakan bahawa tujuannya hanyalah 1 dan kerana-Nya lah aku cuba untuk membuat yg terbaik… lagu diatas ini cukup untuk mengekspresikan jiwaku bila aku betul-betul menyayangi seseorang… tapi aku takut untuk menghadapi realiti… kerana pengalaman ku di masa dahulu amat susah untuk ku lupakan… pengalaman silam juga menyebabkan aku benci pada kaum hawa… semuanya sama…. melalui pengalaman jugalah aku mengenali erti hipokrasi, kesetiaan dan materialistik yg sebenar. Sedikit sebanyak ia telah mendewasakan aku dalam dunia percintaan. Susah untuk aku tulis juga tentang diriku ini kerana aku mmg xsuka untuk menunjukkan perasaan ku yg lemah. Cuma disinilah tempat untukku meluahkan isi hati dan ketidakpuasan aku terhadap apa yg berlaku pada diriku. Aku tak tahu dimana salahku…. seingat aku, xpernah sedikit pun aku berlaku curang pada mereka….adakah kerana aku terlalu setia, sehinggakan mereka sanggup menganggap walau apapun yg mereka lakukan, aku akan terima dgn baik. Tetapi, dalam hati ini, hanya ALLAH saja yg tahu… Walaubagaimana sekalipun, aku akan tetap bersabar, dan terus bersabar, kerana sabar itu adalah separuh daripada iman. Buat masa ini juga, aku mmg susah untuk mempercayai perempuan. Aku lebih rela berseorangan jika semua yg datang terbukti sama semuanya…. aku tahu tak ada manusia di dunia ini yang perfect, dan setiap kali aku cuba untuk menerima, penghujungnya amatlah menyakitkan….. sampaikan sekarang ini, aku dah tak tahu apa itu cinta, apa itu kecewa, apa itu kasih sayang, seolah2 seseorang yg telah kehilangan segalanya…….setiap kali aku cuba untuk menyayangi seseorang dgn sepenuh hati, dan niatku hanyalah satu, untuk menyentahlah…. aku pun dah betul2 tak faham….
namun akan ku cuba sedaya upaya untuk melaksanakan semuanya dgn izin ALLAH.